Tuesday, March 15, 2011

Tentatif Seminar Latihan Kepimpinan dan Pengurusan

Tambah kapsyen
   







RINGKASAN MODUL AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN





MODUL 1
TARIKH: 10.11.2011 (KHAMIS)
MASA: 09:30am – 10.30am
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI: “KEPIMPINAN BERKESAN MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGURUSAN”
PENCERAMAH/JEMPUTAN: Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman, Pensyarah Hubungan                                         Industri, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
OBJEKTIF/TUJUAN:
  1. Melahirkan pengurus yang mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan bertaraf antarabangsa
  2. Memberi tunjuk ajar dan kaedah penampilan diri yang lebih professional
  3. Memberikan penekanan dari aspek kepimpinan dengan berorentasikan dunia sebenar.

LANGKAH-LANGKAH/ARAHAN:
         i.            Semua peserta seminar dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing.
       ii.            Menyanyikan lagu negeri (Sabah Tanah Air ku) dan negara (Negaraku)
      iii.            Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang wakil peserta.
     iv.            Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.
       v.            Seminar dimulakan, majlis mempersilakan tuan penceramah untuk memulakan seminar.
     vi.            Sesi soal jawab
    vii.            Penyerahan cenderahati kepada tuan penceramah
  viii.            Jamuan ringan
     ix.            Aktiviti selesai








MODUL 2
TARIKH: 10.11.2011 (Khamis)
MASA: 11.00pm – 12:00pm
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI: Seminar “Kepimpinan: Satu Perspektif Pembangunan dalam Sesebuah Negara”.
PENCERAMAH/JEMPUTAN: Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Pembangunan Moden)
OBJEKTIF/TUJUAN:
         i.            Melahirkan pemimpin yang mempunyai minda klas pertama
  1. Membentuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap peserta
  2. Melahirkan pengurus yang mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan bertaraf antarabangsa
  3. Memberikan penekanan dari aspek hubungkait kepimpinan organisasi dan pembangunan sesebuah negara

SINOPSIS AKTIVITI: Seminar berlangsung selama 1 jam, sesi soal jawab 30 minit.
         i.            Semua peserta seminar dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing.
       ii.            Menyanyikan lagu negeri (Sabah Tanah Air ku) dan negara (Negaraku)
      iii.            Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang wakil peserta.
     iv.            Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.
       v.            Seminar dimulakan, majlis mempersilakan tuan penceramah untuk memulakan seminar.
     vi.            Sesi soal jawab selama 30 minit.
    vii.            Penyerahan cenderahati kepada tuan penceramah
  viii.            Jamuan ringan
     ix.            Majlis bersurai







MODUL 3
TARIKH: 10.11.2011 (KHAMIS)
MASA: 02:00pm – 04.00pm
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI: “Ruangan Perkongsian Pengalaman”
PENCERAMAH/JEMPUTAN:        i) Tan Sri Robert Kuok (jutawan Malaysia),
                                                            ii)  Mohd Khalid Atan (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, MTUC),
                                                                               iii) Tony Fernandes (Pemilik Air Asia)
OBJEKTIF/TUJUAN:                        
         i.            Berkongsi pengalaman secara langsung dengan pihak jemputan
       ii.            Berpeluang menanyakan soalan dengan pihak-pihak yang berpengalaman.
      iii.            Meningkatkan motivasi para peserta yang terlibat
SINOPSIS AKTIVITI:        
         i.            Peserta seminar berkumpul.
       ii.            Menyanyikan lagu negeri (Sabah Tanah Air ku) dan negara (Negaraku)
      iii.            Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang wakil peserta.
     iv.            Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.
       v.            Ruang Perkongsian Pengalaman (3 orang tokoh)
     vi.            Sesi soal jawab
    vii.            Penyerahan cenderahati kepada tetamu jemputan
  viii.            Minum petang
     ix.            Majlis bersurai









MODUL 4
TARIKH: 11.11.2011 (Jumaat)
MASA: 04:00pm – 05:00pm
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI:  Penayangan Video

OBJEKTIF/TUJUAN:
         i.            Meningkatkan motivasi para peserta yang terlibat
       ii.            Memperkenalkan tokoh-tokoh atau para pelopor dalam bidang kepimpinan dan pengurusan.
      iii.            Sebagai tanda penghargaan dan mengenangkan jasa dan pengorbanan yang di tempuhi oleh para tokoh
SINOPSIS AKTIVITI:
Penayangan video berkenaan dengan perjalan tokoh-tokoh atau pemimpin-pemimpin besar pengurusan seperti Peter F. Drucker, pemimpin tersohor negara Dato Sri Tun Dr Mohathir Mohamad dan beberapa tokoh-tokoh yang lain. Penayangan video ini disampaikan dengan menggunakan perisian Micrsoft Pawer Point dan mengambil masa selama 1 jam.
LANGKAH-LANGKAH/ARAHAN:
         i.            Semua peserta berkumpul.
       ii.            Menyanyikan lagu negeri (Sabah Tanah Air ku) dan negara (Negaraku)
      iii.            Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang wakil peserta.
     iv.            Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.
       v.            Penayangan video
     vi.            Jamuan ringan
    vii.            Majlis bersurai









MODUL 5
TARIKH: 11.11.2011 (JUMAAT)
MASA: 9.30-11.30am
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI: LATIHAN DALAM KUMPULAN “RAGAM PEMBUATAN KEPUTUSAN”
OBJEKTIF/TUJUAN:
·         Mendedahkan kepada para peserta mengenai kepentingan keputusan yang dibuat.
·         Membolehkan para peserta mengetahui impak pembuatan sesuatu keputusan terhadap organisasi dan pekerja.
·         Menjadikan para peserta peka terhadap sebarang keputusan yang akan dibuat.

TUGASAN/ARAHAN :
          i.            Para peserta dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan dan setiap kumpulan akan diberikan dua keping kad manila serta pen marker.
        ii.             Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar wakil bagi setiap kumpulan untuk mengambil satu soalan yang berbentuk situasi dan dalam hal ini para fasilitator akan menerangkan kepada setiap ketua kumpulan tentang soalan berkenaan dengan lebih terperinci.
       iii.            Setiap ketua kumpulan akan balik ke kumpulan masing-masing dan menerangkan tentang soalan situasi yang mereka perolehi dan memulakan perbincangan diantara ahli kumpulan masing-masing.
      iv.             Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 35minit untuk menyempurnakan tugasan tersebut.
        v.            Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan jawapan mereka di hadapan setiap kumpulan serta setiap kumpulan juga dikehendaki melakonkan jawapan yang menjawab kepada situasi mereka dalam menerangkan jawapan masing-masing.
      vi.             Setiap pembentangan serta persembahan yang dibuat oleh setiap kumpulan akan dinilai oleh fasilitator dan akan diberikan markah.

SOALAN/SITUASI
 Seorang pekerja bawahan telah membuat kesilapan berulang kali semasa menjalankan tugas yang di arahkan. Sebagai seorang pengurus, secara rasionalnya apakah keputusan yang akan anda buat bagi mencegah pekerja tersebut daripada terus melakukan kesilapan ?

MODUL 6
TARIKH: 11.11.2011 (JUMAAT)
MASA: 2.00-3.00pm
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI: LATIHAN DALAM KUMPULAN “KEPIMPINAN BERPENGARUH”
OBJEKTIF/TUJUAN:
·         Membolehkan para peserta menyedari mengenai kepentingan mempengaruhi pekerja bawahan.
·          Menjadikan peserta mahir dalam menilai punca-punca yang mampu memberi pengaruh kepada kepimpinan.
·         Memastikan para peserta sedar akan tindakan yang boleh membawa pengaruh positif.

LANGKAH-LANGKAH/ARAHAN :
          i.            Para peserta akan melakukan aktiviti ini dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
        ii.            Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar wakil bagi memudahkan para fasilitator menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugas yang perlu dilaksanakan.
       iii.            Setiap ketua kumpulan akan menerangkan tugasan yang perlu dibuat kepada ahli dalam kumpulan masing-masing.
      iv.            Bagi menyempurnakan tugas berkenaan, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan jawapan atau hasil perbincangan dalam MS PowerPoint.
        v.            Setiap  pembentangan akan dinilai dan diberikan markah.

SITUASI/SOALAN
Seorang pekerja telah melanggar arahan dan melakukan sesuatu tugas yang diarahkan mengikut kehendak pekerja itu sendiri dan pekerja tersebut berkata bahawa, cara kerja yang digunakan oleh pekerja tersebut adalah lebih sesuai berbanding dengan cara kerja yang diarahkan oleh pengurusnya. Sebagai seorang pengurus organisasi, bagaimanakah anda mempengaruhi pekerja tersebut untuk mengikut arahan sepenuhnya tanpa perlu memarahi pekerja tersebut serta mengambil tindakan seperti memberi amaran dan sebagainya.




MODUL 7
TARIKH: 11.11.2011 (JUMAAT)
MASA: 3.00-4.00pm
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI: LATIHAN DALAM KUMPULAN ”KEBERKESANAN ARAHAN”
OBJEKTIF/TUJUAN:
·         Membolehkan para peserta mengetahui punca-punca kurangnya keberkesanan sesuatu arahan yang diberikan.
·         Mendedahkan kepada para peserta mengenai kesan-kesan kesilapan dalam memberi arahan yang kurang berkesan.
·         Mewujudkan kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan komunikasi dalam memberikan sesuatu arahan.
LANGKAH-LANGKAH/ARAHAN :
          i.            Para peserta akan melakukan aktiviti ini dalam kumpulan masing-masing.
        ii.            Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar wakil bagi memudahkan para fasilitator menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugas yang perlu dilaksanakan.
       iii.            Setiap ketua kumpulan akan menerangkan tugasan yang perlu dibuat kepada ahli kumpulan masing-masing.
      iv.             Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan dua penutup mata bagi melaksanakan aktiviti tersebut.
        v.            Dua orang peserta dalam sesebuah kumpulan akan menggunakan penutup mata dan menjadi penerima arahan daripada ahli dalam kumpulan tersebut yang akan bertindak sebagai pemberi arahan.
      vi.            Kedua-dua peserta yang menggunakan penutup mata tersebut akan diminta untuk melakukan tugas yang berlainan iaitu, mereka diminta untuk mendapatkan barang seperti yang diarahkan oleh ahli lain dalam kumpulan yang bertindak sebagai pemberi arahan.
     vii.             Jika Kedua-dua peserta yang menggunakan penutup mata tersebut telah mendapatkan barang yang seperti diarahkan, maka tugas tersebut akan dianggap selesai dan arahan yang diberikan adalah berkesan.
   viii.            Setiap kumpulan akan dinilai tahap keberkesanannya dalam memberikan arahan yang tepat kepada penerima arahan.




MODUL 8
TARIKH: 11.11.2011 (JUMAAT)
MASA: 4.00-5.00pm
TEMPAT: Hall 1, Shangri La, Tanjung Aru Resort
AKTIVITI: RAGAM KEPELBAGAIAN PEKERJA
OBJEKTIF/TUJUAN:
·         Menerapkan gaya kepimpinan yang berorentasikan pekerja kepada para pengurus
·         Membolehkan para peserta menyedari akan kewujudan pelbagai karenah pekerja bawahan.
·         Memastikan para peserta mampu mengadaptasi situasi yang pelbagai dalam sesebuah organisasi.
LANGKAH-LANGKAH/ARAHAN :
          i.            Para peserta akan melakukan aktiviti ini berdasarkan kumpulan.
        ii.            Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar wakil bagi memudahkan para fasilitator menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugas yang perlu dilaksanakan.
       iii.            Setiap ketua kumpulan akan menerangkan tugasan yang perlu dibuat kepada setiap ahli dalam kumpulan.
      iv.            Bagi menyempurnakan tugas berkenaan, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan jawapan bagi soalan yang berbentuk situasi dalam MS PowerPoint dihadapan semua kumpulan.
        v.            Setiap  pembentangan akan dinilai dan diberikan markah.

SITUASI/SOALAN
Dalam sesebuah organisasi, sememangnya wujud pelbagai ragam serta personaliti pekerja yang sukar untuk diramal oleh seorang pengurus. Jika dilihat dari sudut Teori X dan Teori Y, pekerja boleh dibahagikan kepada dua kategori yang berbeza yang secara umumnya bermaksud, pekerja yang berada dalam Teori X adalah pekerja yang kurang termotivasi dan pekerja yang berada dalam Teori Y pula adalah pekerja yang lebih bermotivasi. Sebagai seorang pengurus, rekabentuk satu dasar atau pun skim khas yang mampu menaikkan motivasi pekerja X serta cadangkan satu cara bagi mengekalkan peningkatan motivasi pekerja Y secara konsisten.







No comments:

Post a Comment